Assalamualaikum.
Minggu pertama semester keempat berlalu dgn jayanya.
Jaya lah sangatkan?
Banyak kelas cancelled.takpa la.redha bebnyak.
Sebenarnya aku baru terfikir semalam.
Macam mana lah aku sekarang kan kalau aku tak masuk UTeM.
Sebelum ni aku bukan la seorang yang baik.
Tudung ke mana,agama ke mana.
Senang cerita,dulu aku jahil.
Jahil dalam banyak soal.
Tapi alhamdullilah.
Kawan-kawan baru banyak ajar benda baik.
Mungkin takdir aku memang macam ni.
Jumpa dengan orang-orang yang baik,
Mengubah diri untuk jadi lebih baik.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T.
Bukannya maksud aku nak kata kawan-kawan yang dulu tu tak baik.
Tidak sama sekali.
Mereka baik,cuma baik mereka itu belum cukup untuk mengubah aku.
Ade je kawan-kawan lama seperti aku.
Selepas sekolah baru berhijab.
Sejujurnya,aku selesa dengan gaya baru aku sekarang.
Lebih berkeyakinan,mungkin,
Aku pun taktau nak terangkan macam mana perasaan tu.
Betul la cakap orang,
'Yang bertutup itu sebenarnya lebih indah'
:)
Notakaki : tadi masak untuk keluarga.mama cakap sedap.so,dah boleh kahwin lah kan?ngee *tetiba*