alhamdullilah,masih lagi bernafas.actually,aku dicabar untuk update blog untuk kali ni,iaitu;
"Buat satu entri yang bertajuk 50 Fakta tentang diri aku yang ramai tak tahu."
err,pun boleh la.kalau agak2 menyampah nak baca,terus tekan button "Close" kat belah kanan atas tu ye. :)
okay,jom mulaaaa.
1) Nama ahli keluarga aku semua bermula dari huruf M.dari ayah,mama sampai la ke anak2.
2) Baru start berhijab masa Sem 1 di UTeM dulu.
3) Pernah ade boyfriend.taktau macam mana bleh sngkut dgn gua.cibet btol. -,-
4) Kaki lepak jugak sebenarnya,tapi limit,sebelum maghrib dah kena balik. :)
5) Selalu disalah anggap sebagai sombong.chillax la wehh :(
6) Pemalu bila dengan orang yang disukai.nak cakap pun tak boleh.
7) Aku sebenarnya rabun jauh.tapi tak suka pakai spec.
8) Suka warna merah dan hitam.
9) Selipar VS Sneakers? Selipar la of coursee :3
10) Baju Kurung VS Jeans + Shirt? Baju kurung.peha besar sngat,takde keyakinan diri :(
11) Aku tak reti marah orang.ini serious.
12) Aku tak suka nangis,sebab tu jarang orang nampak aku nangis dan kebnykan masanya aku gelak :D
13) Sangat2 menghargai barang yang orang bagi.kertas pembalut hadiah pun aku simpan.
14) Pengumpul beg yang tegar!
15) Tak kisah berkawan dengan sesiapa.Tapi,aku akan lebih rapat dengan orang yang betul2 aku selesa.
16) Pengumpul teddy bear yang sangat sangat sangat tegar! aummm :3 addicted.
17) Suka makan chocolate.sebab tuu badan bulat. :3
18) Tengok balik no 2.Masa aku mula2 terbuka hati untuk berhijab tu,ade orang letakkan brochure "Pakaian Wanita Muslimah" dalam beg aku masa lab Programming.terima kasih awak yg dh bg brochure tu :)
19) Sampai sekarang mencari siapa yang bagi brochure tu.cuma nak ucapkan terima kasih sebab sudi berkngsi ilmu :)
20) Sangat cerewet dalam pemakaian.itu taknak,ini taknak.hahaha.
21) Pakai 3 jenis perfume yang berbeza.
22) I'm a Nikon user! :)
23) Suka main game "Snake Xenzia" dalam phone nokia yang ade torchlight tu.
24) Dalam proses untuk beli phone Android.in sha Allah. :)
25) Susah nak suka kat seseorang.Bila dah suka,itu satu jela yang aku suka.
26) Aku kalau dah tak suka,memang tak kan pernah suka.
27) Selalu disalahtafsirkan sebagai anak bongsu atau anak tunggal.aku anak sulung! :)
28) Tengok jugak lah bola sepak.
29) Sejujurnya,tak berapa suka cerita Melayu.sorry.
30) Umur dah nak 19,tapi still tengok kartun! :D
31) Cuba untuk mengubah diri untuk menjadi lebih baik. :)
32) Suka sakat orang.lagi2 Syafiq Ahamad.ahahahahahah *gelak kejam*
33) Suka buat dessert.lagi2 kek.tapi belum pandai masak.in sha Allah,cuti sem ni blajar masak :3
34) Tak kisah pada jenama.
35) Suka baca buku.bukan novel cinta mahupun buku pelajaran.
36) Tak pernah pergi luar negara.
37) Tak suka attention whore.mohon terasa ye manusia.
38) Nak belajar main guitar.sape boleh ajarkan? :(
39) Takut pada binatang berbulu terutama sekali kucing.
40) Sebenarnya nak amik Forensic Science,tapi dah dapat ICT.pun okay kan? :)
41) Ade seorang mama yang sangat pandai masak.that's why i'm fat. :D
42) Kuat membebel.malang lah bakal suami.
43) Ade asset yakni spare tyres di perut dan lemak berlebihan di pipi.ada faham?
44) Ade orang tanya tinggi aku berapa.hahah.aku 171cm.
45) Berat?takmau bagitahu,malu :(
46) Aku layan lagu jiwang.percayalah! :p
47) Aku lebih rapat dengan ayah berbanding dengan mama.
48) Pernah terfikir untuk kurus.in sha Allah,satu hari nanti.
49) Suka bunga-bunga segar! :D
50) Pernah kena tampar dengan ayah sampai hidung berdarah.padan muka aku,sape suruh degil. -,-
hahaha,itu je kot yang mampu dituliskan.kalau nak tahu lagi banyak,korang kenalah tanya aku.ye? :)